Sakit Kepala

Sakit Kepala. Wanita Lebih Mudah Diserang.

Kepala berdenyut-denyut, inilah tandanya. Apabila ada kajian mendapati insiden sakit kepala berlaku pada kadar satu kes bagi 6 wanita berbanding 1 kes bagi setiap 18 lelaki. Ini menunjukkan bahawa kadar wanita mendapat sakit kepala adalah 3 kali lebih tinggi berbanding lelaki. Akan tetapi ia bukanlah suatu yang pelik kerana wanita memang dilahirkan mempunyai sifat ingin mengambil tahu tentang semua perkara hingga mengakibatkan perasaan tertekan, cepat risau dan berasa marah. oleh sebab itu kepala mudah berdenyut serta sakit dikalangan wanita dan paling teruk sekiranya dialami ketika kedatangan haid serta fasa menopaus. Namun jangan bimbang sakit kepala tidak semestinya migrain dan boleh dicegah sekiranya individu sentiasa ceria, mudah tersenyumserta berfikiran positif./SEMPOI