Tomato


Tomato, Si Comel Merah Yang Berkhasiat.
Fakta ini tidak boleh hendak disangkal dan dinafikan lagi. Ini kerana pigmenmerah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dipanggil "Likopena". Dengan erti kata lain ia berkhasiat sebagaisumber "Likopena" untuk mengurangkan risiko jantung dan kanser prostat, menjauhkan individu daripada serangan pelbagai jenis kanser, merendahkan paras kolesterol dalam tubuh badan, melicinkan kulit dan sangat luar biasa dalam mendapatkan kulit wajah yang bersih serta tegang. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa si comel merah ini memang tidak ternilai khasiat kesihatannya dan nikmatilah ia setiap hari samada secara mentah, kuah masakan atau bentuk jus,sos dan juga pes./SEMPOI