18SX punyer cerita ?!!!

Boboi berlari balik selepas bermain dengan seorang kawan barunya yang baru berpindah ke kawasan itu. Muka Boboi serius semacam. Buka saja pintu, dia terus betanya kepada ibunya,

" Mak, boleh tak jawab satu soalan, Boboi ni datang dari mana?"


Aduh, si ibu tepuk dahi. nak jawab salah, tak nak jawab salah. ni kira dah masuk soalan 18SX ni. lama juga si ibu berfikir, barulah dia menjawab. si ibu gunakan perlambangan burung betina dan burang jantan, sarang, telur, ulat, bunga, kumbang, bulan, bintang dan sebagainya sampai dekat setengah jam, baru habis.


" Terima kasih ya, mak," kata Boboi, dan terus berlari ke pintu untuk ke luar berjumpa kawan barunya tadi.


Si ibu segera memanggil Boboi.

"sebenarnya kenapa Boboi tanya mak soalan tu?"


Jawab Boboi, "saja nak tu, sebab kawan baru Boboi tu berita, dia datang dari Sabah."


Nota: betapa susah payahnya si ibu menerangkan jawapan kepada si anak. tapi jawapan itu tetap tidak menepati ciri-ciri jawapan yang dikehendaki oleh soalan. erk...datin tengah bayangkan kalau budak-budak jawab macam ni untuk soalan yang sama dari guru mereka.

* Datin^Wanabe punyer pasal !!!