5 Fakta Tiptop Tentang Ibu Mentuaku

  1. di belakang kejayaan seorang lelaki, adalah seorang wanita - iaitu isterinya. di belakang kejayaan seorang isteri adalah seorang wanita juga - iaitu ibu mentua lelaki tadi.
  2. biasanya seorang lelaki menyayangi ibu mentua isterinya berbanding ibu mentuanya sendiri.
  3. orang ketiga - iaitu wanita - memang biasa menjadi punca keruntuhan sesebuah rumah tangga. biasanya wanita itu ialah ibu mentua lelaki tadi.
  4. seorang suami pasti akan mengeluh apabila ibu mentua hendak tinggal serumah dengannya. tapi, nak buat macam mana, memang rumah tu ibu mentuanya yang punya.
  5. seorang isteri bila bergaduh pasti bercakap, " Menyesal saya kahwin dengan awak, kalau saya dengar cakap mak saya 20 tahun dulu, hidup saya takkan jadi macam ni." si suami akan menjawab, "pergilah ... mak awak pun masih boleh bercakap lagi."

hehee... thank you crayon..haaa kan aku dah cakap aku mesti buat onar punya... hakhakhak

yang benar,

Datin^Wanabe punyer pasal !!!

NOTA: nasib baik aku tak kahwin lagi...hehee...